Header Ads

Gambar Aidilfitri 1434H Tak Banyak

Koleksi gambar raya tahun ni tak banyak mana. Bukannya tak pergi mana-mana. Seminggu pertama penuh schedule ke rumah sanak saudara. Mana-mana pergi bawak je kamera. Bila diimbas-imbas kembali memori..

1. Banyak gambar kurang menjadi.
Tekan butang shutter asal boleh je. Tak tengok suasana, tak tengok arah cahaya, tak tukar setting kamera. Main belasah tekan butang shutter. Walhal boleh je ambil masa untuk perhati tu semua. Natijahnya, banyak gegar, out of focus, under expose, over expose.

Nenek saya bukan seorang yang 'blur' tapi kenapa nampak macam 'blur' je?
Apabila duit raya dikeluarkan maka akan lajulah pergerakan tangan
Yang ni tak tahu nak bubuh caption apa


2. Tak tekan butang shutter
Pergi beraya bawak kamera tapi lebih banyak pegang je. Snap 3, 4 kali gambar candid buat syarat. Bila dah malas, suruh pulak adik-adik yang pegang dengan harapan dorang cuba-cuba belajar tangkap gambar tapi... kurang lebih je adik dan abang,.. masing-masing sibuk sumbat mulut dengan rendang. Bila perut dah kenyang tersandar kat dinding.


*Sekali imbas nampak gambar macam takde masalah tapi bila tengok dalam saiz yang besar nampak blur dan gegar.
*Sangat jeles tengok gambar raya korang.

5 comments:

  1. tapi ada jugak gambar rayanya..

    ReplyDelete
  2. hehe..ok lar 2 cume xsharp jer gambonye..xpe atleast ade ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Stok simpanan keluarga boleh la drp takde.

      Delete
  3. done follow sini no. 839
    sudilah kiranya follow me back yea..
    he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

    http://tengkubutang@gmail.com/

    dan my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.