Header Ads

Beri Peluang Kepada Yang Baru?

antivirus, virus, AV, McAfee, Kaspersky, KIS, KAV, Internet Security, update
Cinta gajet
Buang je yang baru teruskan dengan yang lama. Enam tahun lebih kenal dan biasa takkan senang-senang nak ubah camtu je, OK ke? Terdengar otak aku berkata-kata, lebih sebulan yang lalu.

Tapi...
Berpegang dengan satu prinsip (la sangat)... Adalah tidak adil menjatuhkan hukum (lebih baik/tidak) sebelum kenal terlebih dahulu. Sekarang... almost 2 months cukup atau tidak tempoh perkenalan itu? Go further atau cukup sampai sini je? Huhuhu, buntu!

Sebenarnya hari tu beli laptop baru, rasanya readers semua dah tahu. Windows 8 dengan processor Intel 7 lagi tu... Lajuuuu!

 
Lesen trial Antivirus McAfee yang already installed dalam tu pun dah tamat. Asyik meminta-minta diupgrade kalau nak sistem komputer selamat. Kalau ikut hati awal-awal beli nak uninstall balik. Nak guna Kaspersky macam laptop lama yang sekarang dah bagi kat adik.

Tapi fikir-fikir balik... belum pernah cuba McAfee siapa tahu antivirus ini lagi baik. Ke memang selamanya Kaspersky antivirus terbaik?

So sekarang, beri peluang kepada McAfee atau kembali kepada Kaspersky?


Korang ada pandangan atau pengalaman? Sebelum McAfee ni diuninstall tinggal sebagai kenangan?

13 comments:

  1. kena tanya yang ariff. saya tau guna jer...

    ReplyDelete
  2. bg sy Kaspersky lg tiptop kot! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ada 'kot' lak tu. kompius lak ni. :p

      Delete
  3. eeh org ape pun tatau pasal antivirus.

    laptop ni punya antivirus pun tak berhapdet sejak zaman dinasour.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish, bahaya tu. Virus dlm laptop leh jadi fosil.

      Delete
  4. salam dari bunda...

    bunda pun sama lah tak tau bende2 ni...tahu gune jer...bunda gune PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antivirus apa yg bunda guna dlm PC tu?

      Delete
  5. urmm, ena kureng tahu menahu yang mana bagus yang mana tak bagus, ena guna je... janji lappy ena selamat... lagpun, bukan guna sangat lappy ni... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain pasang antivirus, tabiat mengklik secara membuta tuli pun perlu dikawal supaya tak terkena trojan. Ena gna antivirus apa agaknya?

      Delete
  6. Sy x penah guna mcafee. So xdpt beri pendapat. Tp rasanya Kaspersky okay sgt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana guna Kaspersky ea? Alang-alang dah ada McAfee dlm laptop ni saya try je tapi sebulan trial macam tak berapa nak kenal la software ni.

      Delete
  7. mcafee ramai kata xelok..so xsure la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh?! tapi tak sampai tahap 'membahayakan' komputer kan? hee~

      Delete

Powered by Blogger.