5/06/2013 11:23:00 PM
12

protes; keputusan PRU-13; blackout
Blackout - DP Facebook hitam gelap tanda protes
Fenomena gambar profile Facebook blackout ni bermula sejurus selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PRU-13 umumkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah sebanyak 112 kerusi parlimen jam 12.50 pagi (6 Mei 2013).

Tunjuk protes sebab SPR dikatakan tidak telus dalam kiraan undi - banyak pusat kiraan undi tidak semena-mena 'terputus' bekalan elektrik (blackout). Kiraan undi dijalankan dalam gelap. Dikatakan juga tempat yang ditimpa blackout itu pada awalnya memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR) namun selepas sahaja blackout, kiraan undi memihak kepada Barisan Nasional (BN) pula. Seolah-olah ada magic.


Ditambah dengan pelbagai isu yang timbul dan disebarkan di laman sosial seperti isu peti undi dibawa lari, petugas SPR bawa kertas undi keluar, dakwat kekal yang tidak kekal lama dan sebagainya membuatkan dorang (penyokong PR) sepakat tunjuk protes dengan menukar DP Facebook kepada warna hitam sebagai simbol blackout. Simbol Malaysia bergelap malam kiraan undi.


Terjadi atau tidak isu blackout ni kuranglah pasti kerana tidak berada di tempat kejadian. Rasa terpanggil setelah melihat design DP mereka yang seragam sekaligus menimbulkan tanda tanya. Ada macam-macam lagi DP kreatif tapi malang tak ingat siapa punya pulak.

Ramai yang pergi serang fanpage TNB Careline pasal isu blackout ni tau dan lihat apa respon TNB kat SINI.

12 komen:

  1. Undi kali ini tidak adil... Sudah ramai yang bersuara... Takpela =)
    Yang menang tidak semestinya benar,yang kalah tidak semestinya salah. Islam tidak pernah kalah cuma belum menang. Pemimpin zalim lahir dari ramainya rakyat zalim. Benarlah akhir zaman, yang berkehendak kepada Islam itu sedikit, ahli maksiat terlalu banyak.Janji Allah itu pasti, Islam akan tertegak jua nanti. Ya Allah,kamilah hamba2 yang menzalimi diri sendiri,jika Engkau tidak ampunkan kami, menjadilah kami orang2 yg rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa tempat y blackout dan di mana?

      Delete
  2. Aduhai.. jgn la ikut membuta tuli saja, even tak sokong kerajaan sekalipun kena la rasional dlm membuat sesuatu tindakan. Sbb ikut-ikutan ni lah yg menampakkan kita ni bodoh bebenar..

    ReplyDelete
  3. Revote for the blackout state....

    ReplyDelete
  4. Which areas actually blackout? I tried Google but not found any much information on this hot issue.

    ReplyDelete
  5. ramai sangat "jelmaan bangla" agaknya, sampai orang cina nampak GELAP, tapi bangla nampak orang cina.

    ReplyDelete
  6. kalu biru plap???

    ReplyDelete
  7. Zaman handphone ada video camera ni jgn ckp aje tanpa bukti. Mana video blackout tunjukla. Ckp kene ada bukti. Saksi dari setiap parti ada ditempat pengiraan undi.

    ReplyDelete
  8. ramai gak kwan2 mas dp gelap..hohohoo

    ReplyDelete
  9. Macam2 depa nie.. ntah lah, sebelum mengundi pun macam2 jadi lepas mengundi pun gitu jugak.. ^^

    ReplyDelete

Tinggalkan komen awak kat sini, tapi...
1) Dilarang SPAM!
2) Takmo LINK BIRU tau! Awak nak Google DELETE blog kita ni ke?

Terima kasih atas kerjasama & komen awak. Luv. ^_^