Header Ads

Cari Kebenaran Insiden Blackout PRU-13

Isu blackout pada 5 Mei (Blackout 505). Sedari malam pengumuman keputusan pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) sampailah ke saat entri ini ditulis keyword 'blackout' tak putus-putus masuk. Setiap jam ada sahaja yang mencari maklumat insiden blackout PRU-13 yang didakwa berlaku di beberapa pusat kiraan undi. Cuba mencari kebenaran.

Betul-betul berlaku atau tidak blackout malam pengumuman keputusan penuh PRU-13? Sebelum itu, untuk pengetahuan korang yang sampai ke blog ini dalam mencari kebenaran, saya bukanlah orang politik dan blog ini pun bukan blog politik. Maklumat yang ada di sini mungkin bakal mengecewakan korang sebab terlalu general dan tidak spesifik.

blackout, pru-13,

Betul terjadi atau tidak blackout malam tu? Setakat ini saya (saya, bukan korang) belum terjumpa di laman sosial FB atau Twitter bukti konkrit yang menyokong dakwaan malam itu banyak (bukan satu) tempat terputus bekalan elektrik akibat sabotaj pihak-pihak tertentu tapi itu tidak bermakna memang tidak berlaku. Mungkin ada berlaku, mungkin juga tidak berlaku. Kalau betul-betul terjadi mungkin tidak ada bukti konkrit yang menyokong. Mungkin juga bukti itu ada tapi takde yang berani kemukakan. Mungkin juga memang tidak berlaku pun blackout, itu sebab takde bukti. Macam-macam boleh jadi.

Ke dah banyak orang share kat facebook atau twitter, saya je yang tak jumpa? Kalau korang ada sebarang bukti yang menyokong kebenaran insiden blackout 505 ni, share-sharelah kongsilah kat sini URLnya. Keluarkan senarai tempat yang berlaku blackout malam itu. Bantu mereka yang masih tidak putus asa mencari kebenaran, termasuk TNB, termasuk saya. Hehe. Mencari kebenaran itu perlu, menutup kebenaran itu salah.

Penyokong Pakatan Rakyat mendakwa insiden blackout PRU-13 sengaja dirancang oleh Barisan Nasional. Sebelah pihak lagi pula menuduh insiden tersebut perancangan rapi pihak Pakatan Rakyat sendiri nak memburuk-burukkan lagi imej Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Isu ini sengaja ditimbulkan bagi menimbulkan keraguan. Nak protes.

Dia tuduh dia, dia tuduh dia. Last-last Kalau bukan korang yang rancang, siapa sebenarnya yang rancang? Aku ke?? Ke follower blog aku yang rancang? Manalah tahu, kan?

7 comments:

  1. hurmmm macam2 lah.. dah tahu nak percaya ke tak.. so duduk diam udah la

    ReplyDelete
  2. AnonymousMay 11, 2013

    saya pun tercari... tnb kata tak black out pun. tak kan tak dak saksi. awat depa tak kira guna borang 14 aje. kan dah disahkan oleh ejen calon masing-masing

    ReplyDelete
  3. Hemmmm...maalas nak komen isu ne sebab belom pasti betol ke dakkk..

    Jom support 1st segmen cik http://azlyiejah.blogspot.com/2013/05/1st-segmen-by-cik-puan.html

    ReplyDelete
  4. ha..? follower blog nie ke yang racang semua ni?
    kira aq termasuk sekali laa yer.. hahaha feymes laa aq
    pasnie... fuss gempak

    ReplyDelete
  5. AnonymousMay 14, 2013

    takde sorang pun yg leh bitau secara spesifik kat ner lokasi blackout pru13 baru ni...so, bagi aku ni isu tipu lah....dosa free je bagi orang share

    ReplyDelete
  6. dr dulu dh tau benda ini tipu. yg pelik dlm pic nih... kenapa ramai sgt org dlm bilik semasa proses mengira undi. mana KTM? KTM perlu pakai Vest SPR!!. mana sorang KTM? hanya kerani mengira undi 3-4 org, KTM dan agen mengira undi yg boleh masuk.

    kertas undi yg belum dikira banyak tuh jer? sikit jugak org dtg mengundi?

    kerani mengira undi (SPR) salah susun kotak mengira undi?
    susunan yg betul ialah:

    1. kotak undi belum dikira.
    2. susunan parti bertanding mengikut dlm susunan kertas undi.
    3. kotak undi Ragu.
    4. Kotak undi dotolak.

    seperti lakonan x berjaya.

    ReplyDelete
  7. dr dulu dh tau benda ini tipu. yg pelik dlm pic nih... kenapa ramai sgt org dlm bilik semasa proses mengira undi. mana KTM? KTM perlu pakai Vest SPR!!. mana sorang KTM? hanya kerani mengira undi 3-4 org, KTM dan agen mengira undi yg boleh masuk.

    kertas undi yg belum dikira banyak tuh jer? sikit jugak org dtg mengundi?

    kerani mengira undi (SPR) salah susun kotak mengira undi?
    susunan yg betul ialah:

    1. kotak undi belum dikira.
    2. susunan parti bertanding mengikut dlm susunan kertas undi.
    3. kotak undi Ragu.
    4. Kotak undi dotolak.

    seperti lakonan x berjaya.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.