Header Ads

Tragedi Malam Majlis Akad Nikah

Bunga api bateri. Sila percaya.
Kalau korang nak tahu, gambar kat atas tu adalah gambar bunga api bateri. Ditangkap Jumaat malam tiga minggu lepas di majlis akad nikah kawan saya. Jangan tak percaya pulak. Cantik, kan?!! Hahaha. Itulah hasil pertama saya tangkap gambar bunga api bateri dan... untuk kali yang pertama itu jugalah saya 'ditembak' sedas dengan bunga api tu. Mengenai dada. Terbatuk-batuk dibuatnya. Gila sakit, kut.

Cahaya kuning berapi-api sebelah bawah kiri tu lah bunga api yang sedang bergerak laju ke arah saya. Dirakam secara tak sengaja. Nasib baiklah tak terkena lens, silap haribulan pecah pulak kantanya.

Masa terkena tu berundur beberapa tapak ke belakang. Orang lain dah cabut lari. Cuba untuk shoot lagi tapi melihatkan bunga api ni main hentam je meletup kat bawah, berundur jugaklah jauh-jauh. Cari tempat berlindung. Pengantin tak pulak bertempiaran lari. Haha. Tukang bakar pun satu hal, bakar dekat sangat dengan orang ramai. Daripada jauh tu nampak sesekali ia meletup ke arah khemah orang ramai.

Sekadar hiasan peringatan | Serangan bom berangkai di Gaza

Kesimpulannya, merakam gambar perkahwinan pun salah satu genre berbahaya yang sangat adventurous gitu.

* Tips fotografi: Semasa merakam gambar pastikan diri anda selamat! Jaga jarak. Jaga kamera.



18 comments:

  1. hehehe, camera yg penting. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya, kamera penting... selamatkan tu dulu. ahah.

      Delete
  2. nice captured though last pic tu. lens apa pakai wak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx, Cha. Guna kit-lens... Nikkor 18-105mm.

      Delete
  3. Berbaloi..sbb cantik =)

    ReplyDelete
  4. bunga api bateri? erm.. lampu ka.. hehe xpernah tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga api warna-warni yang selalu nampak malam merdeka tu.... Tak pasti pula kenapa orang sebut camtu. :)

      Delete
  5. ishh..engatkn sape kwen xdi..haha..

    ReplyDelete
  6. fuhhh bahaya2. Bahaya satu, sakit dah satu, buatnya kene camera tambah rugi satu.

    Tak pernah dgr bunga api bateri, besar ke? ni silap2 ni, agaknya boleh terbakar x kemah kalu kene?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, agak bahaya dan nyaris2 terkena kamera.

      Bunga api bateri tu yg bunga api malam merdeka tu... Khemah tak pasti leh terbakar tak, yang pastinya rambut saya ada terbakar sikit malam tu.

      Delete
  7. Berani nyaaa awok ni ha. hahaha.

    Takpa, nanti boleh ambik gambar yang lebih adventure gitu :)

    Semoga berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah berani... buat2 berani. Ahah! Thanx, ya!

      Delete
  8. wah, bahaya ni. pengantin x lari, mungkin seronok kot tngok bunga api tu. kn cntik :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.