Flash Yang Ditempah Lens Pula Yang Sampai

Hari tu saya tempah external flash YN468 II tapi masih belum dapat. Selalunya tak sampai pun tiga hari barang dah sampai. Ni dah nak masuk hari kelima! Sudahlah begitu, barang lain pula yang sampai ke rumah ni. Kedai tersalah hantar barang, pada bungkusan tertulis flash YN468 II tapi bila dibuka, lens Canon pulak. Ah, sudah! Satu kerja pula kena pos balik. Lain yang ditunggu, lain pula yang sampai.

Dan paling tak seronoknya, saya dimaklumkan hari Sabtu lepas bahawa flash tu belum dipos sebab kedai belum dapat barang daripada pembekal.
.
.

krikkk... krikkk.... krikkk... (efek bunyi cengkerik)
.
.
Entah-entah kedai cuba hold dulu tempahan saya sehingga saya pulangkan semula barang ni. Mungkinlah. Ini andaian je. Mungkin juga memang betul apa yang dijelaskan taukeh kedai tu. Stok lambat sampai. Mungkin. Ke camne pendapat korang? Kena tipu? Minta dijauhkan... tak mungkin kut kena tipu, sebab pernah beli barang harga ribuan ringgit kat kedai tu secara online, elok je sampai rumah.

Minggu depan Tahun Baru Cina pulak. Nanti macam-macam urusan terhenti sebab cuti. Kena selesaikan segera urusan ni. Esok juga barang ni mesti dipos semula! Mesti. Tak sanggup nak tunggu flash tu selepas cuti raya Cina. Lama sangat!

Ini antara risiko yang perlu ditanggung membeli barang online, kan? Kadang-kadang berlaku. Nasiblah. huhuhu. Jadi, kalau nak beli online tu beli dari kedai yang dipercayai, takde risau sangat bila terjadi perkara camni.

Tak sabarnya nak cuba try test flash tu!!! Harap-harap cepat selesai urusniaga ni.

Post a Comment

7 Comments

  1. huhu. risiko barang online. sy pun beli jugak barang online, tp tak berani yang mahal2 takut kena tipu

    ReplyDelete
  2. myb kot dorang tggu awk pos brg tu dulu kot .kalau dah biasa beli kat sini , InsyaAllah tak tipu tu , cuma lambat sikit :) sabar ye

    ReplyDelete
  3. sabar je la..mmg stress bila bnd ayg kita tgu2 tak smpi2..:D

    ReplyDelete
  4. moga semuanya dipermudahkan, harap cinta hati flash awak sampai dengan jayanya. hehe :)

    ReplyDelete
  5. dah smpai ke flash tu? harap dh smpailah, dh lama dah tgu kn ;)

    ReplyDelete