Dan paling tak seronoknya, saya dimaklumkan hari Sabtu lepas bahawa flash tu belum dipos sebab kedai belum dapat barang daripada pembekal.
.
.
krikkk... krikkk.... krikkk... (efek bunyi cengkerik)
.
.
Entah-entah kedai cuba hold dulu tempahan saya sehingga saya pulangkan semula barang ni. Mungkinlah. Ini andaian je. Mungkin juga memang betul apa yang dijelaskan taukeh kedai tu. Stok lambat sampai. Mungkin. Ke camne pendapat korang? Kena tipu? Minta dijauhkan... tak mungkin kut kena tipu, sebab pernah beli barang harga ribuan ringgit kat kedai tu secara online, elok je sampai rumah.
Minggu depan Tahun Baru Cina pulak. Nanti macam-macam urusan terhenti sebab cuti. Kena selesaikan segera urusan ni. Esok juga barang ni mesti dipos semula! Mesti. Tak sanggup nak tunggu flash tu selepas cuti raya Cina. Lama sangat!
Ini antara risiko yang perlu ditanggung membeli barang online, kan? Kadang-kadang berlaku. Nasiblah. huhuhu. Jadi, kalau nak beli online tu beli dari kedai yang dipercayai, takde risau sangat bila terjadi perkara camni.
Tak sabarnya nak cuba
7 Comments
hee..sabarlah^^
ReplyDeletehuhu. risiko barang online. sy pun beli jugak barang online, tp tak berani yang mahal2 takut kena tipu
ReplyDeletehee . sabar ye . tak lama sampai lah tu . :)
ReplyDeletemyb kot dorang tggu awk pos brg tu dulu kot .kalau dah biasa beli kat sini , InsyaAllah tak tipu tu , cuma lambat sikit :) sabar ye
ReplyDeletesabar je la..mmg stress bila bnd ayg kita tgu2 tak smpi2..:D
ReplyDeletemoga semuanya dipermudahkan, harap cinta hati flash awak sampai dengan jayanya. hehe :)
ReplyDeletedah smpai ke flash tu? harap dh smpailah, dh lama dah tgu kn ;)
ReplyDelete