Toleh Ke Usia Lalu

usia, kehidupan, undur masa, peringkat umur, matang
Di mana kita - Usia 'santai', usia 'jalan laju', usia 'lari pecut'

Sesekali cuba toleh ke 'peringkat usia' yang pernah kita tempuhi suatu ketika dulu, di mana usia kita kurang matang daripada usia sekarang. Apa yang telah kita lakukan? Adakah sama kita yang sekarang dengan yang dulu?

Berapa banyak tindakan betul yang pernah kita buat? Berapa banyak pula tindakan bodoh yang kerap kita buat?

Ada satu peringkat kita selalu fikir apa yang kita buat adalah tindakan paling betul. Pada kita mereka yang lebih tinggi peringkat usianya selalu berpandangan kolot, jumud. Padahal kita yang melulu bertindak, kita yang tidak reti fikir masak-masak. Yang ada dalam kamus kita ialah 'pantas dan pecut' sahaja. Kita terlupa bahawa melulu memecut boleh terbabas.

Pernah ambil sedikit masa muhasabah peringkat-peringkat usia yang pernah kita lalui? Betul ke tindakan-tindakan kita pada masa tu? Adakah sama pemikiran kita pada masa itu dengan sekarang?

Pernah fikir tak, entah-entah cara fikir kita sekarang ni sama dengan cara fikir mereka yang kita label kolot dulu? Pernah? Siapa yang kolot, sekarang?

Kalaulah dapat diundur masa...

Mimpilah...! Nak buat apa.

Post a Comment

8 Comments

  1. ena selalu teringat2 akan masa lampau ena.. even org kata past is the past, itu sekadar nk sejukkan hati je.. termasuklah ena memikirkan sedemikian.. uhuks..

    ReplyDelete

  2. macam kat sekolah dulu, mesti protes dalam hati apa ang cikgu cakap. tapi bila kita plak jadi cikgu, apsal la aku bodoh sangat time tu. haha.

    ReplyDelete
  3. @✿A I N A A✿:yang lepas jadikan panduan. tp jangan sampai dikejar bayangan masa lalu, lak. ^_^

    ReplyDelete
  4. @miranadia: sekarang baru tahu apa yg mereka fikir time tu kan? hehe~

    ReplyDelete
  5. kdg2 yana pun bertindak tanpa berfikir kesannya. then, baru nk menyesal. mmg kurang matang waktu tu.. bila dh meningkat dewasa, yana akn berfikir terlebih dahulu sblm buat sesuatu. Benarlah, masa mematangkan usia dan pemikiran kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kira-kiranya, semakin menginjak usia semakin matang kita dalam mengambil tindakan. ^_^

      Delete