Header Ads

Hilangkan 'Benda' Dalam Gambar

Photoshop: Hilangkan benda tak guna dalam gambar guna Spot Healing Brush Tool
Ramai juga pembaca ingin tahu cara hilangkan 'benda' dalam gambar seperti dalam entri "Biar Gambar Berbicara #28". Oleh kerana saya prihatin terhadap permintaan pembaca maka, dengan daya usaha yang sangat tinggi saya siapkan tutorial ini. Kengkawan sepengajian yang tertanya-tanya cara repair gambar masa presentation hari tu pun boleh ikut tutorial ni jugak (kalau korang baca blog ni lah). Hee~

Ada banyak teknik untuk hilangkan/buang benda dalam gambar menggunakan Photoshop. Saya cuba kongsikan satu dulu. Kita belajar sikit-sikitlah, ya. Kalau diterangkan semua dalam satu entri berserabut pula nanti. Untuk tutorial ni korang boleh guna Photoshop CS4, CS5 atau CS6. Korang tahu asas penggunaan Photoshop, kan? Kalau dah, teruskan pembacaan.


BAHAN PEMBELAJARAN:
1. Smiling Kite  <<- save ke dalam komputer


LANGKAH 1
Spot Healing Brush Tool hilangkan benda dalam gambar
Pilih Spot Healing Brush Tool di Toolbox (terletak di sebelah kanan) 


LANGKAH 2
Klik 'segitiga kecil' pada Options Bar (bawah Menu Bar) dan tetapkan saiz brush tadi.
   - Saya guna saiz 40px (saiz tidak perlu terlalu besar, nanti nampak 'pelik' je hasilnya. Bergantung pada saiz benda yang ingin dihilangkan).

Mode: Pilih Normal
Type: Pilih Content-Aware


LANGKAH 3
Sekarang kita dah sampai ke proses repair dan heal imej ni. ^_^

Klik/seret brush pada 'spot' yang ingin dibaiki. Kalau berlaku kesilapan atau mungkin hasilnya kurang baik, tekan kekunci [Ctrl+Z] untuk undur satu langkah. Kemudian, cuba lagi.

2, 3 kali percubaan juga kat sini. ^_^

Cuba hilangkan juga bintik hitam pada kawasan yang dibulatkan. Gunakan saiz brush yang kecil sedikit. Kalau kurang menjadi, undur semula [Ctrl+Z] dan cuba lagi sehingga kesan yang baik dihasilkan. 


HASIL AKHIR
Ditukar kepada hitam-putih selepas proses 'repair' dan 'heal' imej tadi


*Saya kurang mahir buat tutorial. Berjam-jam jugalah capture screen sana sini. Haha. Kalau kurang jelas, korang tanyalah, OK? Saya akan cuba jelaskan.

33 comments:

  1. wah cantik! hehe nak cubalah nanti .. lisa bukan pro sangat dalam ps ni..proses belajar lagi hehe.. terima kasih ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba, jangan tak cuba. Practice makes perfect. Lama2 nanti mahir, InsyaAllah. ^_^

      Delete
  2. nice sharing :)
    blh la try :)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hehe~ boleh faham tak agaknya tutorial saya ni?

      Delete
    2. boleh, hehe. mesti boleh faham. tak faham berderet saya tanya nanti. haha

      Delete
    3. Alhamdulillah. Kalau ada tak faham atau timbul persoalan tanya je. Saya cuba share mana yg saya reti.

      Delete
  4. heee...bestnye taw tutorial nie..bley ler try nanti..thanks ibnuismaini~ :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Cik Aya. Yang ni sebagai basic. Ada lagi cara yang lagi wOw. Selamat mencuba, ya. :)

      Delete
  5. TERBAEKK LA .. HEHE .. TP MALANG .. DEQ XRETI NAK MEN PHOTOSHOP .. BIKIN PENING

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening sebab Photoshop ni banyak fungsi dan tak tahu nak mula dari mana, kut? Saya dulu pun begitu.

      Delete
  6. ooo.... baru tau. sblm ni belasah je. xde nak edit2 pon,

    ReplyDelete
  7. jeles betul kat sesape yg terer photoshop. huh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah terer sangat, sikit-sikit tu bolehlah. Hee~
      Jom tererkan diri dgn Photoshop.

      Delete
  8. wah boleh ikut step ni. thnx.:)

    ReplyDelete
  9. wwoooo mcm tu hihii :) spot healing ni pun kdg2 one detect x sama.. tp ok la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada keadaan takleh guna spot healing nak buang atau heal, kena guna teknik lain lak. hihi

      Delete
  10. lahai. gitu ker. nak try la! hihi.
    Tenkiuu sgt taw :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu je, Min. Tenyeh-tenyeh, dia hilang. hihih.
      Sama-sama.

      Kalau ada part tak faham, tanya je kat sini atau fesbuk, mana2 pun boleh.

      Delete
  11. photoshop la pling susah nak download ~(~_~)~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Photoshop perisian berbayar, itu sebab susah sikit nak download. Tak susah sangat kalau kena caranya. Ngee~

      Delete
  12. bagus tuto ni..
    thanks 4 sharing yer
    chekgu masih tkedek2 guna phtoshop..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome.
      Rajin prektis insyaAllah nanti mahir. sikit2.

      Delete
  13. o0, skrg baru tau fungsi heal brush tu apa.. hehe.. thanks utk tuto ni ya.. bljr bnda baru hari ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome. selamat beramal. ;)

      Delete
  14. Nice sharing..tp sy punya photoshop dah hilang..xtahu mn nk cari blik huhu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.