Zig-zag Rasa

zig-zag, MITC bowling, orang bawah
Zig-zag  |  Kamera kompak Olympus u5010,S5010

Terkadang kita merasa dengan berada di atas kita lebih bagus, boleh nampak semuanya! Pandangan kita lebih luas, lebih jauh. Kita boleh nampak semua yang di bawah. Tapi kadang-kadang kita lupa, boleh nampak dengan boleh merasa tidak sama. Kita tak boleh rasa apa yang mereka rasa walau setiap gerak dalam tangan kita.

Kadang-kadang kita sendiri lupa kita tak boleh nampak apa yang ada betul-betul di bawah kaki kita, berbanding mereka yang berada di bawah.

Cuba turun, lihat dari perspektif yang berbeza akan hal yang sama. Rasa itu takkan sama.


**Lepas habis baca, cuba tukar:
  1. 'kita' kepada 'korang'
  2. 'mereka' kepada 'kami'
Masih samakah perasaan membaca itu?

Post a Comment

5 Comments