Header Ads

Rindu Beca

Beca roda tiga, trishaw, bandar Melaka, mesra alam, teknologi hijau
Beca - pengangkutan mesra alam

Setiap kali melihat beca, pantas memori zaman kanak-kanak bermain di kepala. Setiap kali itu juga saya teringat bagaimana dulu ke tadika dengan beca, daripada Jalan Tun Ali ke Kampung Morten. Dan setiap kali itu jugalah teringat seronoknya menaiki beca dengan mak, adik-adik, ke mana-mana di bandar Melaka.

Dulu beca kenderaan awam yang paling murah. Rasanya. Sangat-sangat murah. Tak guna minyak, takde asap - mesra alam. Sekarang tak tahulah berapa tambang beca. Lebih 18 tahun tidak naik.

Beca tak laju mana walau beroda tiga. Lagi laju motorsikal beroda dua tapi, feel duduk di bawah payung yang tidaklah besar mana atas beca itu lain. Ah, rindu pula nak dengar keriut pedal beca.

7 comments:

  1. xpenah naik beca..macam mana ek rasa dia??

    ReplyDelete
  2. @sukakartun, @timm_bill: Haih, rugi tak pernah naik. Kena naik, kena test. ^^,

    ReplyDelete

  3. tiba2 terasa nak naik beca kat georgetown.

    ReplyDelete
  4. @miranadia: naik, jangan tak naik. hayati keindahan Georgetown melalui beca lak. :D

    ReplyDelete
  5. tak penah naik. rasa serba salah je nak suh org tu kayuh.heheh

    ReplyDelete
  6. @LoveBug: Tak yah suruh, nanti dia kayuhkan. Tak pun, tukar tempat. Dia duduk, Cha yg kayuh. ha3.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.