Header Ads

Cara Mudah Semak EXIF Data Gambar

Entri ini ditulis ekoran ada yang bertanya atau berminat ingin tahu bagaimana cara untuk semak EXIF data gambar. Ada banyak cara untuk menyemak EXIF data sebenarnya tapi saya akan kongsikan satu cara yang saya rasa paling mudah.

Gunakan Windows Photo Viewer/ Properties
Kita gunakan apa yang ada dalam Windows  je. Tak perlu pening-pening install perisian third-party. Selamat dan tidak berat.

1. Pilih gambar yang ingin disemak EXIF datanya dalam komputer korang.
2. Klik kanan atas fail gambar tersebut.
3. Klik "Properties".
4. Pilih tab "Details".

Korang akan dapat melihat data kurang lebih seperti ini:

bagaimana semak Exif data gambar

Cara ini hanya memaparkan sebahagian data tapi sangat berguna jika target korang nilai ISO, aparture, shutter speed, metering mode gambar tersebut.

Boleh tahu model kamera yang saya guna, Nikon D5100. Korang yang guna kamera digital kompak pun boleh semak EXIF data gambar yang korang snap. Kadang-kadang saya guna cara ini nak tahu kamera apa bloggers famous guna.

Fatin Liyana: Panasonic DMC-LX3
Cik Epal: Canon EOS 1100D
Yuyu Zulaikha: Casio EX-JE10
Hazanis: Kodak Easyshare C142

Part akhir nak tarik traffic. Nampak camne permainan dia? hahaha. Tamo letak link Fatin Liyana. Nanti dia makin femes lak. LOL.

3 comments:

  1. boleh tak ia detect kamera cap ayam kite?

    hehehe. >_<

    ReplyDelete
  2. @nanabyte: Boleh, cuba semak. Kamera cap angsa pun dia leh detect.

    ReplyDelete
  3. AnonymousJune 25, 2013

    kalau nak check camera blogger lain macam mana?kena download gambar dulu ke?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.