Header Ads

Raya Tanpa Kit-lens

Selamat Hari Raya!!! Seronok kan, raya? Seronoklah korang bergambar sakan dengan famili dan sanak-saudara, tambah pula dengan baju baru masing-masing.

Korang seronok, saya pun seronok... cewah! Seronok sebab dapat beraya dengan famili, tambahan pula semua ahli cukup, takde seorang pun yang absent.

Yang tak seronoknya, tak dapat nak 'pukul' gambar sehabis mungkin sebab DSLR saya ditimpa kemalangan baru-baru ni, jatuh terhempas atas jalanraya! Calar-balar body Nikon D5100 ni; kit-lens rosak; external flash pulak bersepai, siap kene lenyek dengan kereta lagi. Gila sedih! Dulu saya ada buat entri pasal external flash tu kat SINI.

Belum pun setahun guna. Selama ni takde sedikit pun kesan calar pada body D5100 ni. Saya tahu, sebab belai selalu. Sobs, sobs... Puas jaga tapi dah takde rezeki, sekelip mata tiba-tiba calar-balar teruk! Teruk sangat!

DSLR ni masih berfungsi dengan baik, cuma bodynya calar teruk. External flash dengan kit-lens je yang tak boleh guna lagi. DSLR kan boleh tanggal-tanggal lens yang kat depan tu. Ganti lens lain, dah boleh guna macam biasa.

Memandangkan saya ada lens lain, 50mm F1.8D, guna dulu yang ni. D5100 takde built-in motor, lens 50mm F1.8D pun takde motor. Terpaksalah laras secara manual setiap kali snap gambar, lambat! Tambahan pula, lens 50mm bukanlah wide lens. Bermakna tidak sesuai tangkap gambar ramai-ramai dalam jarak yang dekat, tak muat! Kalau nak jugak, kena pergi sebatu jauhnya baru muat. Takkan nak suruh pakcik-makcik makan dan berbual-bual kat halaman rumah pulak? Hahaha. Susah.

Mempersembahkan sedikit gambar raya daripada D5100 yang terhempas kuat dan laju atas jalanraya tu... Jeng3...

Adik perempuan (dan anaknya) dan adik bongsu

Indoor. Gelap. Jauh dan tiada bantuan flash.

Salah fokus. Nak fokus kat nenek, tempat lain pulak perginya. Manual.

Pakcik-pakcik dengan anak-anak dorang.


Ada yang tidak kena tak pada gambar-gambar tu? OK je, kan? Lasak juga D5100 ni. Bolehlah hempas banyak kali lepas ni. Korang pun cubalah. Hahaha.

2 comments:

  1. DSLR saket pun gambo tetap maintain ohsem ! hehehe

    ReplyDelete
  2. @Yasmin Aris: Thanx, Yasmin. Syukur kamera ni berfungsi seperti biasa.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.