Lambat Ucap Selamat Berpuasa

Sebulan setengah blog ni terbiar. Apa khabar korang? Puasa macam mana, OK? Dah nak habis puasa pun, soalan ni macam dah tak relevan pulak. Hehehe. Dah lewat kalau nak ucap selamat berpuasa. Baki puasa tinggal sehari dua je. Orang dah sibuk post pasal raya.

Takpe tak peduli jugak. Paling penting matlamat puasa yang sebenar tercapai, iaitu kita terdidik menjadi orang yang bertaqwa.

Memandangkan entri ni tidak mempunyai matlamat dan hala tuju yang kukuh, saya nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kat korang yang sudi singgah dan baca blog yang tak seberapa ni. Minta maaf andai kata apa sahaja yang saya nukilkan kat sini ada mengguris hati sesiapa samada secara sengaja atau tidak. Manalah tahu kalau-kalau ada yang meluat tengok hasil kerja saya sebab tak berapa nak berseni atau takde cerita bagai. Maaf sangat-sangat. T_T

OKlah. Lama tak kongsi hasil kerja. Nah, santapan mata untuk korang kali ni. Gambar dua hari lepas semasa program iftar. Seorang rakan sekerja spontan bertanya, "Sedap sangat ke tu, tangkap?"

Korang rasa camne, sedap tak agak-agaknya? ^^,


Cukup satu keping. Banyak-banyak nanti ada yang tak tahan dugaan berpuasa pulak.

Macam selalu, komen dan kritikan serta teguran korang amat saya harapkan untuk tambahbaik hasil kerja. Kamera yang digunakan masih DSLR level beginner, Nikon D5100, satu-satunya DSLR yang saya ada sekarang. Lens pulak, prime lens 50mm f/1.4 AF-D. Terpaksa fokus secara manual.

Cukup sampai sini dulu. Entri seterusnya cerita sedih. huhuhu. Sadis.

Post a Comment

2 Comments

  1. k menyesal tengok makanan tu wlaupun simple je . huhu .
    Selamat hari raya juge bro ibnuismaini ! :D

    nak duet raye ! hoho

    ReplyDelete
  2. @Yasmin Aris: Nampak sedap la tu, kan? he3. Selamat Hari Raya, Yasmin.

    (buat2 tak perasan pasal duet raye tu)

    ReplyDelete