Anak Patung Bawah Bumper Belakang Kereta

Anak Patung - D5100 | 50mm AFD | ISO200, f/2.8, 1/1000sec

Rasanya ramai kut dah dengar pasal trend gantung anak patung pada bahagian bawah bumper belakang kereta. Gambar ni saya snap raya ketiga di bandar Melaka. Kereta bernombor pendaftaran Negeri Sembilan, bukan Thailand.

Melayang-layang anak patung tu semasa kereta dipandu laju. Terkadang terseret atas jalan raya apabila dipandu perlahan. Macam kesian pulak. Huhuhu.

Persoalannya, trend sebegini dibolehkan atau dalam kategori syirik?

Bagi yang tidak tahu isu ini, cuba rujuk di SINI, atau buat carian di google menggunakan kata kunci: "Trend Gantung Patung di bumper".

Teringat pepatah Melayu yang berbunyi "yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan". Fikir-fikir, renung-renung. >.<

Post a Comment

0 Comments