Tetiba Terasa Tua

Seminggu ni rasa nak balik cepat je bila dah hampir waktu habis kerja. Dalam hati selalu berharap dan berdoa janganlah ada mesyuarat sebelah petang. Janganlah ada tugas-tugas yang mendatang, janganlah ada yang jadi batu penghalang.

Selalunya saya bukan antara mereka yang dah ada dalam kereta sebaik jam menunjukkan 'tamat waktu bekerja'...! Mungkin sebab saya takde benda yang nak dikejarkan kat rumah. Tapi dalam seminggu ni, rasa nak balik cepat je, disebabkan kat rumah tu dah ada ahli baru... Ni dia...






Comel?


Tahu dah itu yang korang ucap dalam hati tadi, kan? Ada rasa nak cubit-cubit pipi dia tak? haha...

Kat atas tadi tu gambar seorang budak kecik yang orang selalu sebut-sebut sebagai baby. Itu baby sulong adik perempuan saya dengan pasangannya yang berkahwin tahun lepas, yang mana dengan perkataan yang lebih mudah, baby ini boleh diistilah atau dipanggil sebagai 'anak buah' saya. (OK, tak perlu ayat yang terlalu detail camtu rasanya -__- ). Ya, anak buah saya. Bukan anak saya. hehe~

Dan budak kecik ni jugaklah yang membuatkan saya terasa seperti terlalu tua pula sebab status bertukar kepada panggilan yang mana korang selalu gunakan untuk memanggil orang yang lebih tua tapi tidaklah terlalu tua. (sekali lagi ayat yang terlalu berjela-jela.) Sebelum ni rasa macam muda je tapi bila panggilan dah bertukar rasa macam tak percayalah pulak kan, dah tua.



Sekali lagi, inilah budak yang membuatkan saya rasa tua tu. Tengok, tenang je dia tidur. Sakit hati tak tengok?? Jaga ko, ko besar sikit nanti aku picit-picit pipi ko tahu? hahaha...


Nota: Gambar-gambar di atas disnap semasa dia berusia 2 hari. Kurang cahaya, sebab tak hidupkan  flash. Rasa-rasa selamat ke tembak flash ke arah baby? Takde efek apa-apa?

Post a Comment

5 Comments

  1. comeinyaaaaaaaaa...nice shot wak! :)

    ReplyDelete
  2. alahaai, dh bukak mate dh ! hahah comel sesangat .

    Bro bile lagi ??? hihi

    ReplyDelete
  3. @LoveBug: thanx, Cha.

    @Yasmin Aris: Comel. Mcm tau2 ada kamera kat situ.

    Turn saya tatau lagi. Turn Yasmin bila plak? :P

    ReplyDelete
  4. comel nye...da ada anak buah memang best!!

    ReplyDelete