Trip ke Bukit Merah

Entry lepas saya ada sebut pasal nak pergi jalan-jalan kat Perak dengan kawan-kawan. 2 malam 2 hari. Dah seminggu tapi baru sekarang sempat nak kongsi. Kiteorang pergi ke Bukit Merah Laketown. Lepas tu rancang nak pergi ke Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Lepas tu nak naik Penang. Kalau berkesempatan, singgah Padang Besar pulak sebelum balik tapi... semua tu tak jadi melainkan pergi mandi-manda di taman tema air.
.
.
.
.
.
.
Ringkasnya, pergi jauh-jauh semata-mata untuk mandi, lepas tu balik. Tamat. T_T
.
.
.
.
.

Banyak rancangan tak menjadi. Ditambah dengan cuaca yang tidak berapa elok; hujan, membataskan pergerakan saya untuk snap gambar kenangan di luar. Kita merancang, Allah pun merancang tapi Allah jualah sebaik-baik perancang. Ada hikmah yang belum nampak di sebalik ketidakmenjadian percutian ni.

Apa pun jom layan sikit gambar terpilih yang sempat saya snap dalam trip kali ni.

Homestay - Pilih, telefon dan runding dengan pengurus homestay mana yang berminat.

Tengok apa - Tengok iklan homestay. Time ni semua belum mandi pagi lagi. hee~

Rehat di Surau Mustapha Kamal. Waktu Dhuha ketika itu hujan turun.

Hujan dah reda, renyai-renyai je. Snap sekejap sebelum check-in homestay.

Pergi mandi tapi takde gambar semasa mandi, seksi, takut tersebar di internet. ha3.
(DSLR kunci dalam peti besi, keselamatan diutamakan)

Post a Comment

5 Comments

  1. Assalam, "tak ada gambar seksi takut tersebar di internet" hahaha...aku suka yg nie...

    ReplyDelete
  2. comel je pergi mandi manda..hahaha :) btw gmbr dlm mesjid yg blur tu best :)

    ReplyDelete
  3. @Ikmal: Lelaki sgt seksi semasa basah. ahah.

    @LoveBug: Thanx sebab like pic tu, Cha.

    ReplyDelete
  4. hahaha mungkin boleh zoom lagi kasi nampak jeragat kat muka org tu hehehe

    ReplyDelete
  5. @ch000tz axoera ヅ: kalau nmpak jeragat, nanti tuan badan minta delete pulak gambar dia. ahaks.

    ReplyDelete