Grab YN-467 Speedlight

Impian untuk dapatkan satu unit flash external hampir tercapai. Dah tempah dan sepatutnya dah sampai ke pangkuan hari ni, tapi disebabkan siang tadi takde orang kat rumah, abang posmen tinggalkan kad dalam peti surat suruh ambil kiriman kat pejabat pos terdekat hari Isnin nanti. Wargh, tak sabar nak cuba!

YongNuo YN-467 Speedlight
YN-467

Target saya Nissin Di622 Mark II sekurang-kurangnya, tapi belum berkemampuanlah. Alternatifnya, YongNuo YN-467 Speedlight ni jadi pilihan; tak tahu jenama third party lain yang OK dan sesuai dengan bajet yang ada. Maklumlah, kurang pakar. huhu.

Flash ni mungkin tidak setanding Nissin Di622 Mark II, tapi OK je kut untuk amatur macam saya. Lagi pula ada review yang agak baik daripada penggunanya. Apa pun saya nak juga Nissin Di622 Mark II tu!

Korang ada tak yang guna flash external YongNuo YN-467 Speedlight ni? OK tak?

Post a Comment

3 Comments

  1. best nye..harap2 impian nak kamera dslr 2 tercapai dulu satu masa nanti

    ReplyDelete
  2. hamboyyyyyyyy hebattt daaaa nowadays kannnn.........sampai hati lupa kat kita huk2 :p


    http://ch000tz.blogspot.com/2012/02/monday-blues-kissing-hahaah.html

    ReplyDelete
  3. fuhh..
    mas xberpa thu sgt.kikiki

    ReplyDelete