Header Ads

Nasihat santai untuk calon SPM 2011


SPM is around the corner. Korang yang bergelar candidate SPM kat luar sana dah habis buat ulangkaji? Peperiksaan penting ni. Orang kata penentu hidup dan mati (walaupun bukan sebenarnya) tapi ini adalah antara langkah menuju masa hadapan yang bersinar atau sirna. Tak lama je lagi exam ni. SPM tengah usyar2 korang dari balik tembok kat depan sana sambil melambai-lambai dan kata kat korang, "saya kat sini, saya kat sini".

-Buku rujukan, nota tambahan, semua dah siap sedia?
-Kelas-kelas tutorial korang pergi? Terus pergi, jangan skip.
-Latih tubi pun kena buat. Kena buat bertubi-tubi baru nama latih tubi. Kalau sekali je buat, tubi hapekebendenye? (patut dah masuk fasa yang ni).


TV, korang tengok lagi?
Bukan tak boleh tengok tapi minimumkan seberapa yang boleh sekarang ni. Skip dulu drama-drama kegemaran korang. Takde masa dah untuk itu semua. Kalau nak sangat tahu perkembangan drama-drama tu minta mak korang tuliskan ringkasan setiap episod, nanti lepas exam korang ulangkaji ringkasan cerita yang mak korang dah siap buatkan tu. hee~

"Saya tak boleh belajar la kalau tak tengok TV satu hari"
Adoi, kes besar ni. Ha, tengoklah, tengok... tengok TV pun boleh belajar what?? Yang duduk asrama tu, balik cuti ni pilih channel Tutor TV ok? Untung kanak-kanak Astro sekarang, boleh belajar sambil santai-santai. Nak sangat tengok TV kan? hehehe.

FB korang layan lagi?
Tak boleh tinggal FB sebab nanti terlepas berita terkini kawan-kawan! Tak up-to-date. Penting gak tu, ek? Boleh bukak tapi, jangan lupa bukak juga FB #TutorTVSPM. Ambil input sambil-sambil relaks tu, ok? Jangan relaks sangat sudahlah. Dah, dah jangan berlengah lagi, pergi usyar tips dan soalan daripada FB tu. Tak tahu kat mana korang klik gambar bawah ni, senang.

#TutorTVSPM
Hambek kau, gila besar gambar ni aku tempek!
big picture for BIG exam.



Selamat study, selamat berjaya! Gambatte neh! Dan... korang jangan lupa... DOA.

9 comments:

  1. pndai ekk promot churp2..
    da2,klik churp2 miera lak..
    ehehe

    ReplyDelete
  2. sambil2... kena dgn masa kempennya. mood exam skrg ni, kan. hee~

    ReplyDelete
  3. huhu leh lupa lak den adik2 SPM =_='' nasihat yg bagus tu ye.. aha =)

    ReplyDelete
  4. @Eira ishak: kalau dah teringat tu cepat2 nasihatkan dia yep.

    ReplyDelete
  5. cikghah: Mula2 study bc doa, ok. Doa itu senjata mukmin.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.