Header Ads

Aidiladha 1432H: Model Pilihan

Salam Aidiladha, readers.
Camne sambutan raya korban korang tahun ni, meriah? Rendang, ketupat, nasi himpit ada lagi? Apa aktiviti korang hari ni yep?

Kat tempat saya hari ni cuaca cerah sangat. Semalam dengan kelmarin pun cerah gak, alhamdulillah. Memandangkan hari cerah, saya pun sambar DSLR Nikon . Outdoor photoshoot! Cari model terbaik punya sempena Aidiladha ni.

Peh, ramai-ramai perhati sambil saya shoot sana-sini siang tadi. Terasa macam segan pulak kan. Segan I, tau. hee~ *nak menggedik lak kat sini*. Tapi dorang memang betul-betul model terbaiklah, berduyun-duyun orang datang memerhati sesi tersebut. Dah macam artis pun ada. ha3.


Bombastik betul buat cerita! Photoshootlah sangat~ Macamlah photographer profesional. Sebenarnya entri ni bukan apa, nak kongsi gambar-gambar yang sempat saya snap hari ni sempena aktiviti ibadah korban kat taman perumahan ni. Tak pro. Harap terima komen dan tunjuk ajar daripada korang.

Jomlah layan gambar-gambar model hari ni...

Korban pertama. Paling ganas.

Bersihkan kawasan sebelum di'kerja'kan beramai-ramai.

Main tarik tali. Lama juga aksi ni berlangsung.

Akhirnya! Tumbang juga.

Bermula satu ibadah.

'Panas' dalam sarung.

Gembala.

Pemalu. Nak menyorok belakang tiang konon. Tengok tali dah berbelit-belit dah tu.

Bila saya hala lens, dia paling muka. Susah betul! Pemalu ya amat!

Dapat juga snap satu kali, muka dia ni. Comel kan? hee~

Apa pula aktiviti korang yep hari ni?

3 comments:

  1. NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow,,,follow pakjoe blk

    ReplyDelete
  2. sesungguhnyer akhirat nantilah mereka mencari siape yang mengorbankan mereka sebagai satu ibadah..best sangat ! =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.