Header Ads

Tiara tu

Semalam takde kat rumah,
ke Bangi dan Putrajaya,
ada walimah,
lepas tu berziarah,
pergi satu keluarga,
1 Proton Tiara,
1 Proton Saga (Baru),
Ayah pandu Saga,
Aku bawa Tiara.

Kali pertama,
Tiara pergi jauh-jauh,
120-130km/j pulak tu,
selalunya 60-80km/j,
tapi semalam gila laju,
takut gak aku,
bukan takut laju,
takut Tiara meragam kat tengah highway tu,

Tiara banyak masalah,
itu kata oranglah,
itu tak kena, ini tak kena,
ini tak bagus, itu tak bagus,
tapi semalam prestasi Tiara ok je,
batuk takde, semput pun takde,
tak laju?
biasalah... 1.1 je pun,
mana nak setanding kereta orang lain,
laju atau tidak,
janji leh guna,
apa ada kisah,
aku pandu pun bukannya laju.

Risau kalau pagi tadi Tiara jatuh demam,
sebab kena lenjan semalam,
tapi bila start,
hidup macam biasa,
takde masalah, ok je.

cerita macam kereta sendiri,
tapi bukan,
aku bukan dia punya tuan,
Tiara tu kereta adik perempuan,
Dia jauh kat utara sambung pengajian,
Tiara dia aku jagakan.

1 comment:

  1. waa tiara leh g jauh huhuhu...caya la tiara ku

    ReplyDelete

Powered by Blogger.