Header Ads

Terlupa Makan

forgot to eat Pictures, Images and Photos

Salam, readers. Selamat tengahari. Korang dah lunch? Jangan lupa lunch ok? Lunch itu adalah penting untuk kesihatan. Apa aktiviti korang hujung-hujung minggu ni? Saya baru balik dari kampung ni. Dekat je, kat Tanjung Bidara tu. Sehari je pun.

Sebut pasal makan ni... semalam saya ada test. Ada 5 paper tapi setiap paper 30minit je. Konsep test semalam tu adalah jawab secepat yang mungkin dan tiada masa untuk berfikir panjang. Jawab je setakat yang tahu.

Ada satu soalan personaliti tu kan bunyi dia lebih kurang camni:
"Saya selalu terlupa mengambil makanan apabila sibuk."
Perlu jawab A (Ya) atau B (Tidak) sahaja.


Status FB saya sehari sebelum test tersebut:
Oh, dah t/hari...? Saya terlupa sarapan krn sibuk bt keje. -__-'
Jadi korang dah boleh agak kan apa yang saya jawab untuk soalan tu? Seriously, tak tahu kenapa kalau sibuk atau banyak kerja saya terlupa makan pada waktunya. Kadang-kadang dah nak masuk petang baru perasan belum makan. Kadang-kadang tu orang panggil makan pun tak nak berhenti buat kerja. Terlalu fokus barangkali? Korang pula camne, selalu ke terlupa makan?

Lagi satu, melalui soalan tu apa yang boleh dikenalpasti ye? Diaorang nak tengok personaliti tang mana tu? Any idea? Curious.

2 comments:

  1. kalu xdipanggil xde la abang aku ni makan..so kne la cari bakal isteri y pandai melayan kerenah dia huhuhu

    ReplyDelete
  2. erkKk!! thehehe~ *blushing*

    ReplyDelete

Powered by Blogger.