blog penuh sawang spiderman


Blog ni bersawang! Kenapa?
Sebab selama hampir setahun ini saya telah ditugaskan untuk memangku tugas Spiderman, dia banyak tugas dan perlukan pembantu. Task pertama yang saya terima, berlatih buat sawang sebanyak mungkin. Maka sebab itu, blog ini penuh sawang. Ok, alasan ini diterima? hahaha...

Lama tak update blog ni. Lamaaaaaa sangat! Biasanya rumah yang ditinggalkan lama-lama ni, akan ada 'penunggu'. Betul? Rumah alam maya pun tak terlepas daripada perkara tersebut, buktinya... sepanjang hampir setahun rumah ini ditinggalkan ada penunggu pernah datang bertandang, menempel di jendela twitter widgets sambil menyeringai. (huhu... cerita seram ar plak). Pendek cerita, blog ini pernah diceroboh. stop.

Lama menyepi. Sori geng. Jangan salahkan saya.. korang salahkan Mark Zuckerberg, tokey Fesbuk sebab mende alah yang dia buat tu lah blog ni tak diupdate, terabai camtu je. Pergi marah dia cepat. ahaks. (Cuba nak jatuhkan kesalahan pada orang lain, tapi betulkan? Ke aku sorang je yang rasa camtu?)

Dahlah, jangan dipersoal sebab kenapa menyepi. Blog haku, haku punya suka ar nak update ke tak! hahaha.... tetiba emo, bajet ganas.

Blog bersawang... biasalah, lumrah blogger (aku blogger ke?). Blogger tegar pun ada masa-masanya blog dia bersawang gak, percayalah! (bajet kuarkan statement camni akan buat readers kat luar sana terimalah alasan kenapa tak update blog tu... ecececece....)

Maaf ye korang, terutamanya followers and silent readers blog ni. Sebagai menunjukkan saya betul-betul minta maaf, saya... owner blog ini, dengan ini berikrar dan berjanji bahawa saya akan merajinkan diri untuk update blog ni lepas ni. Promise! Tapi tak tahulah sampai bila leh promise ni

Tapi korang jangan fikir blog ini ditinggalkan camtu je tanpa ada pemantauan. Saya selalu jenguk blog ni. Purata seminggu 2x. Jenguk2, tak update2.. jenguk lagi tak jugak update... ntah ke mana tuan blog ni dah pergi.... tensen tengok blog ni tak berupdate. (inilah dia, tuan blog yang dah bertukar jawatan, jadi follower pulak... tugas utama owner.. update blog, bukannya datang ziarah! haduih... sabar jelah hei.)

Oklah, tak nak tulis panjang-panjang. Lewat malam dah. Esok pagi2 dah kena keluar pergi kerja. Kerja?? Ya, kerja.. sebab sekarang saya bukan lagi pelajar ye... selama hampir setahun blog ini ditinggalkan, saya telah bertukar status daripada pelajar kepada pekerja. huhuhu... setakat ini dulu kut info terkini daripada owner blog. Jumpa lagi next entri.


p/s: Berjaya juga coretkan sesuatu.

Post a Comment

0 Comments