Header Ads

Layout baru blog sendiri & bukan sendiri

Saya berada di Tanta, sejak dua hari lepas. Balik dari Rumah Melaka baru (Wisma Seri Melaka), Kaherah tempoh hari, saya tidak terus balik ke rumah. Saya singgah dan bermalam di rumah kawan. Malas rasanya nak balik terus ke rumah walaupun itu adalah tujuan utama balik ke Tanta minggu ini -mengambil barang keperluan untuk konvo 10 haribulan ni.




Sepanjang dua tiga hari ni, saya sibuk bermain dengan 'coding' blog. Tukar layout blog sendiri dan juga blog BKKIMM. Ada beberapa fungsi dan widgets yang perlu diperbaiki, ada juga yang perlu dibuang. Rumit dan memeningkan tapi, buat juga sementara mood rajin menggodek blog belum hilang.


[Layout baru Weblog Rasmi BKKIMM]
  • Blog lebih ringan.
  • Penambahbaikan fungsi 'search'.
  • Updatelist twitter lebih ringan.
  • Menambah butang 'like' dan 'share' Facebook.
  • Kod fungsi 'read more' lebih kemas.
  • Kod layout keseluruhan lebih teratur (memudahkan admin baru)

nota:
Balik rumah sendiri Asar tadi. Tiada siapa pun di rumah. Selesai berkemas, update blog sekejap sementara menanti jam 9.45 malam untuk berkejar ke stesen keretapi untuk balik ke Kaherah semula. Esok pagi ada rehearsal konvo.

No comments

Powered by Blogger.