Header Ads

cuit hati ayah dengan lukisan

Berjaya mencuit hati ayah dengan ucapan seakan-akan lukisan kanak-kanak. Dulu semasa kecil saya suka sangat melukis dan mewarna. Melukis dan mewarna itu minat saya walaupun tidak pandai mana. Dah lama tangan ini tidak melakar sesuatu yang dinamakan lukisan. Semalam semasa berfikir-fikir mencari ucapan bagaimana yang ingin saya sampaikan, saya teringatkan memori semasa kecil. Melukis. Ya, dulu saya sangat suka melukis! Ayah selalu belikan kertas lukisan, crayon, pensel warna, warna air. Saya tunjuk lukisan saya pada dia bila balik kerja.



"Itu bukan ayah tu, kurus sangat," seloroh ayah tengah malam tadi (waktu Egypt) di hujung talian.

Haha! Mungkin ucapan saya sepatutnya begini baru tepat...

Hehehe...

2 comments:

Powered by Blogger.