Cuba Sebut ADOBE?


Bagaimana bunyi sebutan sebenar ADOBE? Ramai terkeliru dan salah menyebut nama ini. Saya pun salah menyebutnya hinggakan terbawa-bawa semasa membuat kelas tutorial asas Adobe Photoshop tempoh hari walaupun pada awal-awal kelas saya telah memberitahu mereka cara sebutan yang sebenar. Sudah terbiasa pada pertuturan, susah sedikit nak ubah tapi tak bermakna tak boleh ubah, kan? Kita sebagai manusia boleh berubah kepada yang lebih baik. Hari ini seharusnya lebih baik daripada semalam. Setuju? Hee~ Kembali kepada tajuk kita, cara sebutan ADOBE yang betul.

Bagaimana sebutannya? Kalau sebut seperti dalam gambar di atas, ternyata salah makhraj huruf!


Kalau sebut seakan-akan begini pula:
A-dob
A = huruf A -->> SALAH...!

a-dob
a - bunyi a pada perkataan "saya" -->> SALAH juga!


Cara sebutan yang sebetulnya adalah kurang lebih begini:
a-do-bi
a - bunyi a pada perkataan "saya"
do - seperti sebutan "dobi"
bi - seperti sebutan "bilah"


Dengarkan sebutannya di sini: http://inogolo.com/pronunciation/Adobe

Sekarang sudah tahu cara sebutan sebenar? Ok, cuba sebut ADOBE...

Post a Comment

0 Comments