Header Ads

Beralkoholkah? Terkeliru dan Tertipu

Isu minuman beralkohol yang bertopengkan minuman ringan berlabel buah-buahan?

Mengelirukan.
Kanak-kanak selamba teguk kerana menyangkakan ia hanyalah minuman ringan biasa. Dijual pula secara terbuka. Yang dewasa pula membiarkan kerana turut terkeliru! Nampak macam bukan arak pun ada juga. Beralkohol atau tidak, eh? Kita pun terkeliru... Hmm.... Meragukan.

Jalan selamat, tinggalkan perkara syubhat! Sebagaimana yang disarankan Rasulullah s.a.w
Hadis Nukman bin Basyir r.a katanya:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut..."


2010/08/24
GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini menggesa kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan ia dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam dan bebas dibeli oleh golongan remaja dan kanak-kanak.
"Minuman itu dijual dalam botol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanak-kanak sedangkan kandungan alkohol 5.5 peratus itu adalah tinggi dan tidak wajar dijual kepada kanak-kanak," katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau mendakwa maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca, membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan.
"Kerajaan harus memandang serius penjualan minuman itu kerana undang-undang negara dengan jelas menyatakan penjualan minuman alkohol adalah dilarang kepada golongan berumur bawah 18 tahun," katanya.
Idris berkata, CAP menerima banyak aduan ibu bapa yang menyatakan anak mereka mula menggemari minuman ringan beralkohol itu. - BERNAMA


Berita Harian
CAP minta kerajaan haramkan minuman ringan beralkohol (24 Ogos 2010)

Harakahdaily
Minuman beralkohol: Kanak-kanak minum bir (24 Ogos 2010)

Utusan Malaysia
Minuman ringan beralkohol masih dijual secara terbuka (7 Okt. 2008)
Haramkan minuman ringan beralkohol guna LABEL BUAH (2 Feb. 2008)
Amaran: Minuman ringan guna label buah ada alkohol (1 Feb. 2008)

No comments

Powered by Blogger.