Penanda Buku Pada Toolbar

Bookmarks Toolbar Firefox yang terletak pada bahagian atas selepas Navigation Toolbar menjadikan ia tempat yang terbaik untuk menyimpan bookmarks yang sering digunakan. Senang nampak dan lebih mudah untuk dicapai. Entri kali ini saya akan tunjukkan cara paling mudah untuk membuat bookmark pada Bookmarks Toolbar.

Highlight alamat (URL) laman tersebut, seret ke bookmarks toolbar dan lepaskan.



Firefox akan membuat bookmark dengan nama default bagi laman tersebut. Boleh ubah nama laman tersebut jika tidak berkenan. Untuk ubah, klik kanan pada bookmark yang baru dicipta tadi dan pilih "properties".



Ubah nama laman tersebut pada tetingkap yang baru muncul. Kemudian tekan "save".



Untuk mengubah kedudukan bookmark, seret bookmark ke kedudukan yang diingini pada Bookmarks Toolbar dan lepaskan.




Google dan Blogger antara dua laman yang saya kira sebagai laman favourite. Jadi, saya telah memasukkan kedua-dua bookmarks laman tersebut ke dalam satu folder 'feberet' supaya Bookmarks Toolbar tidak terlalu serabut. (Klik kanan pada Bookmarks Toolbar > pilih "New Folder". Setelah menamakan folder, seret bookmarks ke dalam folder tersebut.)

Post a Comment

0 Comments