Header Ads

Backup Firefox's Bookmark

Entri kali ini saya ingin menyentuh tentang membuat backup semua bookmarks yang dibuat menggunakan pelayar Firefox memandangkan soalan ini kerap juga ditanya kenalan saya terutama apabila sampai saat komputer mereka ingin diformat semula.

Untuk membuat salinan bookmarks, pergi ke menu dan pilih
Bookmarks > Organize Bookmarks, atau klik Ctrl+Shift+B



Pada tetingkap yang baru muncul klik "Import and Backup".



Klik Backup dan pilih tempat selamat untuk menyimpan fail tersebut.


(peringatan: Jangan simpan fail backup di partition C jika komputer akan diformat semula)


Untuk mengembalikan semula semua bookmarks, dalam erti kata lain, nak restore... Bookmarks > Organize Bookmarks > Import and Backup > Restore > Choose File


Cari di mana fail backup bookmarks (.json) disimpan dan klik "open". Semua bookmarks yang dibuat akan kembali seperti sediakala.

No comments

Powered by Blogger.