Tukar Layout Lagi

Baru lepas menukar layout blog ini. Konon-konon kerja menyusun atur semula port ni selepas dah lama tak terjaga. Takde kerja lain, asyik-asyik tukar layout... sepatutnya banyakkan entri barulah betul blogging, kan? Ini tidak, tukar layout je. Ahaks. (Takde idea nak menulis)

Layout ready made je ni tapi, masih ada beberapa part atau function yang kurang dan tidak berkenan di hati. Urm... nak buat camne kan? Nama pun pasang siap, layan jelah. Nak buat layout sendiri lagilah tak pandai. Setakat ubah sikit2 code bolehlah... pengalaman rujuk, bezakan, try and error.

InsyaAllah kalau diberi kesempatan lain kalilah ubah sedikit susun atur dan hiasan dinding port ni, sebab sekarang saya nak kena keluar... masa untuk study. Cukuplah masa untuk bermain-main hari ini (terlebih cukup dan sepatutnya tidak perlu). Final EXAM semakin hampir. Doakan saya najah ye dalam imtihan (exam).


p/s:
- Entri akan datang tentang tips komputer, InsyaAllah. Dah dapat idea, cuma perlu ditangguhkan dahulu buat masa ini.
- Salam imtihan buat sahabat2 dan doakan kejayaan kita bersama. Maaf kalau ada salah silap. Peace no war! Hee~

Post a Comment

0 Comments